Kisah Rabiatul Adawiyah
Rabiatul
Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada
Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari
ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak
mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan
hidup.
Kisah
bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat
arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah
adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik
minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu
ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya
hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan
tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu.
Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk
membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat
untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan
tetamu raja.
Suatu
hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala
perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang
guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan
menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia
juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari
pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik
Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa
berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul
Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu
menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam
bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. di dalam
kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu
malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan
Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat
Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau
terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul
Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih
berzikir dan berdoa.
Sampai
habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia
dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan
tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang
kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang
ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang
telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil
untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul
Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul
Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah
Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan
ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin
menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya
terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri
itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi
mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil
wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu
pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang
banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada
masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta
yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang
untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu
datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu,
Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah
tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah
harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana
mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu
hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia
mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun
menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan
kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia
berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada
Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya.
Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah
pergi menemui kekasihnya.
Sesungguhnya
orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran
jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah,
maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).
[Surah al-A'raf, ayat 201]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan