Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu
pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan
kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta
pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.
Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin
dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh
dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana
tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai.
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu;
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang
kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan;
segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman.
Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang
hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang
lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan.
Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang
menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup
dengan belanja yang kecil.
Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak
dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam
dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.
Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya
semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu
ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan
bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.
Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti
membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang
berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik
dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.
Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk
diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu
kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada
kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan.
Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan
keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu
panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat
mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan.
Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu
sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik
hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh
taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan
jahat.
Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu
kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam
hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini
hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia
untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan.
Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah
kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan
yang kita nantikan berhasil.
kita renungkan bersama....
^_^
luv u all
hehehe......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan