Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang
wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah
mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka.
“Aduh, situ
tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai
baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
“Kenapa la kita
para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami
kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
“Jika
kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta
pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat.
Kami mahu keadilan!”
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan
rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat
anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
“Islam
kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami
perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
“Wanita
takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas,
takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan
puasa?”
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang
membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina,
mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok
pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.
“Cik
adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya
akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan
terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah
ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa
melihat perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di
kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi?
Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
Saya
tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak
mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke
lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok
awak hanya pakai seluar pendek!”
“Ok, isteri perlu taat pada
suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga
kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri
tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada
suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian
lakukan!”
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit
daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia
berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan
sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu
membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau
isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah
jawabnya!”
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan.
Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan
malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak
tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga
menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan,
malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
“Akhirat nanti,
saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas
empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak
perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di
akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah
suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
“Nak
beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak
sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya,
dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat
lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa
satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad
fisabilillah.
Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan
tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara
seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata!”
Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang
menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia,
sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik
bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
-
Artikel iluvislam.com